Friday, 15 April 2011

apa pentingnya "individu muslim"...??


Faqih al-Dakwah Syeikh Mustafa Masyhur dalam tulisannya "Dakwah ikhwan di alaf baru"
Mudah- mudahan dapat membantu ikhwah2 semua mengetahui betapa pentingnya kita dalam membentuk individu muslim yang menjadi teras kepada kebangkitan ummah nie...

(Nie dah diringkaskan... kalau nak cepat fokus pd yg di 'bold' kan)

Dalam zaman penjajahan, musuh kita telah berjaya memisahkan ruh Islam
daripada individu dan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun mereka amat terkejut
apabila mendapati jiwa individu Islam ini  kembali bersemarak dengan Islam sebaik
sahaja peluang tersedia. Pihak musuh memahami bahawa jiwa individu Islam ini masih
suci dan masih bersedia untuk mendokong semula Islam pada satu masa nanti.

Dengan itu, musuh amat memahami bahawa mereka tidak akan mencapai kemenangan yang sebenar jika hanya menguasai politik, ekonomi, ketenteraan dan keilmuan semata-mata selagimana jiwa individu muslim yang wujud masih sedia untuk mendokong Islam pada suatu masa nanti. Oleh kerana itu, medan pertarungan hakiki yang diberikan tumpuan oleh musuh kita kini ialah keperibadian muslim itu sendiri.

Musuh sentiasa berusaha untuk merosakkan keperibadian ini. Mereka melihat seolah-olah peribadi muslim ini seperti sebuah bejana yang sentiasa bersedia untuk diisi dengan Islam. Musuh mahukan supaya bejana ini dikosongkan daripada Islam dan digantikan dengan yang lain. Apabila usaha mereka ini gagal mereka memutuskan untuk menelangkupkan sahaja bejana ini supaya bejana ini tidak lagi dapat menakung semula Islam pada suatu masa
nanti.

Jadi medan pertarungan sebenar yang perlu kita berikan perhatian ialah
peribadi ini dan proses pembentukan jiwa ini. Musuh tidak berpuashati dengan
kemajuan yang mereka capai di bidang ketenteraan, politik, keilmuan, ekonomi dan
sebagainya, malah musuh kita masih khuatir dengan orang Islam yang rosak dan lena walaupun orang ini tidak mampu untuk menghidupkan kembali Islamnya. Musuh kita amat yakin bahawa masih wujud individu-individu muslim yang bersedia untuk mendokong kembali Islam dan bilangan mereka ini semakin bertambah. Di sinilah
tersembunyi bahayanya.

Oleh kerana itu medan pertarungan yang sebenar ialah
pembentukan jiwa individu muslim. Kini, medan pertarungan antara kita dengan mereka ialah identiti, ciri, pembentukan dan acuan Islam.

Musuh kita yang sebenar ialah para pemimpin agenda penjajahan Barat, dan
Zionis sedunia adalah sebahagian daripada mereka. Mereka
berusaha sedaya upaya mereka untuk merosakkan keperibadian muslim sehingga
menjadikan jiwa individu muslim ini tidak lagi bersedia untuk mendokong Islam pada
masa hadapan. Dengan ini, umat Islam tidak akan mampu lagi untuk mengembalikan penguasaan mereka dalam lapangan ketenteraan, politik, ekonomi dan ilmu. Dalam menjayakan usaha ini mereka menggunakan kaedah-kaedah pendidikan secara teo

Bagi pihak kita pula, kita perlu berusaha untuk memelihara keperibadian muslim
ini supaya memudahkan jiwa ini untuk kembali kepada Islam semula suatu hari nanti.

Oleh kerana itu, pendirian kita amat jelas apabila kita bertegas untuk bertarung
hanya di medan pertembungan yang sebenar iaitu pertarungan bagi mendidik,
membentuk dan memelihara keperibadian Islam.

kita tidak akan membabitkan diri kita sama seperti orang lain yang menjadikan boneka
dan agensi ini sebagai musuh mereka atau fokus mereka dengan mengenepikan musuh
yang sebenar iaitu kepala kepada semua boneka dan agensi tersebut. Berdasarkan
kepada persepsi yang jelas inilah, lahirnya pendekatan yang kita gunakan dalam proses perubahan kita dengan segala ciri-cirinya yang asasi. Antara ciri pendekatan ini ialah menolak keganasan walaupun keganasan ini dilakukan terhadap kita oleh boneka atau agensi bodoh ini..
(petikan  dpd fb akh shauqi saiful suhardi)

No comments: