Friday, 10 June 2011

Mengapa permulaannya adalah tarbiyah??



Tarbiyah pada masa ini telah menjadi fenomena tersendiri di kebanyakan tempat di seluruh dunia tak terkecuali Malaysia yang kita cintai ini. Terbukti dengan maraknya kajian keislaman yang diadakan hampir di seluruh tempat terutama di lingkungan orang-orang yang berada di institusi pendidikan.
Di tengah kehidupan yang serba hedonisme dan cenderung bergaya ‘westlife’ ini kehadiran Tarbiyah bagaikan setitis embun di tengah kekeringan dan gersangnya hidup. Apatah lagi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam menggunakan berbagai cara telah berhasil dan sangat mewarnai kehidupan bangsa kita yang majoriti adalah muslim. Sebagai khairu ummah kita harus melawannya dengan cara yang sama. Seluruh potensi yang kita miliki harus dioptimumkan. Dan langkah terawal supaya boleh mengoptimumkan potensi Al-Insaan yang ada dalam diri kita adalah Tarbiyah.

Pentingnya Tarbiyah

Tarbiyah sangat penting sebagai imuniti dalam menghadapi serangan musuh, selain sebagai wasilah penguat aqidah.Tarbiyah adalah sebuah wasilah untuk membentuk pribadi impian ummat sehingga mampu membentuk komuniti Islam yang mengakibatkan terwujudnya kembali sebuah peradaban yang ideal yang pernah dunia alami sebelum ini.
Tarbiyah yang merupakan sebuah kemestian, keharusan bagi pada da’I Islam memiliki karakteristik tersendiri yang menjadikannya ‘begitu indah’. Rabbaniyah, sebagaimana karakter Islam itu sendiri, Tarbiyah pun bersumber dan bertujuan hanya kepada Allah. Lalu tadarruj atau bertahap. Dakwah adalah sebuah proses dan tahapan, sehingga Tarbiyah pun dilakukan dan berjalan secara bertahap, step by step, sehingga tidak memberatkan dan memaksakan namun tidak juga ringan. Selain itu dalam Tarbiyah juga berlaku tawazun @ seimbang. Dan juga syaamil atau universal, merangkumi dan menyentuh semua sisi kehidupan. Karena Tarbiyah sebagai tunjang dakwah Islam yang rahmatan lil ‘alamiin –‘memanusiakan’ manusia. Terakhir dalam tarbiyah tidak mengenal kata cukup atau berhenti, ia berkesinambungan (istimror) sepanjang hidup. Atau yang disebut life education alias Tarbiyah madal hayah

Proses Tarbiyah

Tarbiyah dalam prosesnya dapat dilakukan miniml dengan tiga pendekatan; idealis, taktis, dan operacional.

1) Pendekatan idealis adalah jalan bagi pada da’i Islam, tidak ada jalan lain karena jalannya adalah jalan tarbawi yang memiliki tiga karakter mendasar.

Pertama, sulit tapi hasilnya berkualitas.Proses tarbiyah ibarat menanam pohon jati, senantiasa harus dijaga dan diperlihara sehingga akarnya tetap kuat dan tidak goyah diterpa badai dan angin kencang. Karenanya jalan Tarbawi merupakan proses pembentukan pribadi dambaan.  

Kedua, proses yang panjang tapi terjaga kemurniannya. Dakwah adalah jalan panjang yang tidak hanya dilalui oleh satu generasi. Akan tetapi, meski terkadang untuk mencapai target dan sasaran tertentu harus melalui sekian banyak generasi, Asholah-nya tetap terjaga dan hammasah tetap terpelihara. Tarbiyah membentuk pribadi telah yang teruji dengan panjangnya mata rantai perjalanan dakwah serta pribadi yang tak kekang karena panas dan tak lapuk karena hujan. 

 Ketiga, lambat tapi hasilnya terjamin. Dakwah ibarat kompetisi dan bukan perlombaan, untuk itu diperlukan kesabaran dengan ’staying power' untuk mencapai target dan sasaran dengan kualiti terjamin. Kompetisi memang terlihat lama dan lambat, akan tetapi potensi dan tenaga terdistribusi secara kolektif dan perpaduan kerjasama terarah secara baik untuk memberikan sebuah jaminan kesuksesan di akhir kompetisi. Watak perjalanan dakwah yang lambat harus dilihat dari proses dan tahapannya, bukan dari perangai para pelakunya ( da’i), karena perangai yang lambat adalah sebuah kelalaian. Dan salah satu jaminan dari proses tarbiyah adalah lahirnya kepribadian yang integral, tidak mendua, dan tidak terbelah, yang akan tampak sejauh mana keterjaminannya bila dihadapkan oleh situasi dan kondisi yang menguji integritas kepribadiannya.

Setelah ketiga faktor idealis di atas terelisasi dengan baik, maka langkah berikutnya adalah memeta langkah-langkah taktis, untuk menyeimbangkan luasnya medan dakwah dengan jumlah kader serta menyelaraskan dukungan massa dengan potensi Tarbiyah.

Terakhir adalah langkah strategis, dan dalam hal ini yang paling penting dalam sebuah perjalanan dakwah adalah fokus untuk menyusun barisan kader serta untuk menghindari terjadinya ”lost generation”, perlu dirumuskan strategi untuk membina kader-kader baru.

Penutup

Saat terjadi gelombang pemurtadan yang luar biasa di masa Abu Bakar RA. di sepertiga jazirah Arab, yang selamat kader dakwah di wilayah itu dijaga dan dipelihara. Lalu pembinaan terhadap kader-kader baru yang kebanyakan adalah tawanan perang Riddah terus dijalankan hingga masa Umar bin Khattab RA. Pada saat perang Qadisiyah, kader-kader baru yang dibina majoriti berada di garis terdepan bahkan tak jarang di antaranya kemudian terkenal sebagai panglima dan komandan pasukan Islam. Dan itulah hasil Tarbiyah (QS. Ali Imran:146)


Friday, 15 April 2011

apa pentingnya "individu muslim"...??


Faqih al-Dakwah Syeikh Mustafa Masyhur dalam tulisannya "Dakwah ikhwan di alaf baru"
Mudah- mudahan dapat membantu ikhwah2 semua mengetahui betapa pentingnya kita dalam membentuk individu muslim yang menjadi teras kepada kebangkitan ummah nie...

(Nie dah diringkaskan... kalau nak cepat fokus pd yg di 'bold' kan)

Dalam zaman penjajahan, musuh kita telah berjaya memisahkan ruh Islam
daripada individu dan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun mereka amat terkejut
apabila mendapati jiwa individu Islam ini  kembali bersemarak dengan Islam sebaik
sahaja peluang tersedia. Pihak musuh memahami bahawa jiwa individu Islam ini masih
suci dan masih bersedia untuk mendokong semula Islam pada satu masa nanti.

Dengan itu, musuh amat memahami bahawa mereka tidak akan mencapai kemenangan yang sebenar jika hanya menguasai politik, ekonomi, ketenteraan dan keilmuan semata-mata selagimana jiwa individu muslim yang wujud masih sedia untuk mendokong Islam pada suatu masa nanti. Oleh kerana itu, medan pertarungan hakiki yang diberikan tumpuan oleh musuh kita kini ialah keperibadian muslim itu sendiri.

Musuh sentiasa berusaha untuk merosakkan keperibadian ini. Mereka melihat seolah-olah peribadi muslim ini seperti sebuah bejana yang sentiasa bersedia untuk diisi dengan Islam. Musuh mahukan supaya bejana ini dikosongkan daripada Islam dan digantikan dengan yang lain. Apabila usaha mereka ini gagal mereka memutuskan untuk menelangkupkan sahaja bejana ini supaya bejana ini tidak lagi dapat menakung semula Islam pada suatu masa
nanti.

Jadi medan pertarungan sebenar yang perlu kita berikan perhatian ialah
peribadi ini dan proses pembentukan jiwa ini. Musuh tidak berpuashati dengan
kemajuan yang mereka capai di bidang ketenteraan, politik, keilmuan, ekonomi dan
sebagainya, malah musuh kita masih khuatir dengan orang Islam yang rosak dan lena walaupun orang ini tidak mampu untuk menghidupkan kembali Islamnya. Musuh kita amat yakin bahawa masih wujud individu-individu muslim yang bersedia untuk mendokong kembali Islam dan bilangan mereka ini semakin bertambah. Di sinilah
tersembunyi bahayanya.

Oleh kerana itu medan pertarungan yang sebenar ialah
pembentukan jiwa individu muslim. Kini, medan pertarungan antara kita dengan mereka ialah identiti, ciri, pembentukan dan acuan Islam.

Musuh kita yang sebenar ialah para pemimpin agenda penjajahan Barat, dan
Zionis sedunia adalah sebahagian daripada mereka. Mereka
berusaha sedaya upaya mereka untuk merosakkan keperibadian muslim sehingga
menjadikan jiwa individu muslim ini tidak lagi bersedia untuk mendokong Islam pada
masa hadapan. Dengan ini, umat Islam tidak akan mampu lagi untuk mengembalikan penguasaan mereka dalam lapangan ketenteraan, politik, ekonomi dan ilmu. Dalam menjayakan usaha ini mereka menggunakan kaedah-kaedah pendidikan secara teo

Bagi pihak kita pula, kita perlu berusaha untuk memelihara keperibadian muslim
ini supaya memudahkan jiwa ini untuk kembali kepada Islam semula suatu hari nanti.

Oleh kerana itu, pendirian kita amat jelas apabila kita bertegas untuk bertarung
hanya di medan pertembungan yang sebenar iaitu pertarungan bagi mendidik,
membentuk dan memelihara keperibadian Islam.

kita tidak akan membabitkan diri kita sama seperti orang lain yang menjadikan boneka
dan agensi ini sebagai musuh mereka atau fokus mereka dengan mengenepikan musuh
yang sebenar iaitu kepala kepada semua boneka dan agensi tersebut. Berdasarkan
kepada persepsi yang jelas inilah, lahirnya pendekatan yang kita gunakan dalam proses perubahan kita dengan segala ciri-cirinya yang asasi. Antara ciri pendekatan ini ialah menolak keganasan walaupun keganasan ini dilakukan terhadap kita oleh boneka atau agensi bodoh ini..
(petikan  dpd fb akh shauqi saiful suhardi)

Thursday, 14 April 2011